Quantcast
Channel: Bila Han Bercerita
Viewing all 213 articles
Browse latest View live

3 Teknik Kemutan Faraj yang menarik

$
0
0
3 cara untuk perempuan kemut


Bab ini membincangkan soal seni kemutan faraj ketika jimak. Di dalam sesetengah masyarakat tradisional, bakal pengantin perempuan akan diajar teknik-teknik mengemut faraj supaya ianya dapat mencengkam dengan baik sewaktu jimak. Kemutan yang kemas mendatangkan rasa nikmat yang maksima bukan saja kepada suami, malahan juga kepada isteri melalui rangsangan dari geseran yang lebih berkesan kepada kepala zakar suami dan dinding rahim isteri. Kemutan yang kemas dan bersistem membantu melambatkan inzal suami disamping menolong cepatkan inzal isteri. Dengan cara-cara tertentu juga, isteri boleh merangsang suami untuk cepat inzal jika perlu.



Ada 2 cara latihan yang jika diamalkan selalu boleh membantu wanita mempunyai otot faraj yang mampu mengemut dengan baik

>Latihan otot qubul [ buang air kecil ] – dilakukan seolah-olah menahan kencing. Kemut dan tahankan kemutan itu beberapa saat, kemudian lepaskan.

Ulangi sebanyak 20 kali sehari, setiap hari. Latihan ini boleh saja dilakukan diwaktu santai atau ketika memandu atau sewaktu di tempat kerja.

>Latihan otot dubur [ buang air besar] – dilakukan seolah-olah menahan najis. Lakukannya 20 kali sehari selepas melatih otot pertama/qubul

Teknik-Teknik Cengkaman dan Kemutan Faraj

1. Kemutan Beserta Diam

Dilakukan apabila suami mendiamkan zakarnya tanpa berdayung. Kemutan yang dilakukan apabila suami berehat sebentar dalam keadaan zakar diberhentikan dari berdayung dan diredamkan di dalam faraj akan memberi rasa cengaman yang hebat kepada suami, dan ketika itulah suami akan merasa bagaimana faraj itu memegang dan melepaskan cengkamannya pada zakar.

2. Kemutan Beserta Sorong

Kemutan apabila suami menyorongkan zakarnya. Kemutan yang dilakukan apabila suami menyorongkan zakarnya dalam dayungan dan melepaskan kemutan itu semasa suami menarik zakarnya akan mempercepatkan suami isnzal maninya atau ejakulasi. Ini dilakukan jika suami adalah lelaki yang tahan lama apabila jima, atau sekiranya keadaan lubang faraj terlalu licin akibat air mazi isteri yang banyak keluar atau apabila liang rahim longgar akibat banyak kali bersalin.

3. Kemutan Beserta Tarik

Dilakukan semasa suami menarik zakarnya akan membantu suami melambat inzal dan mempercepatkan orgasme pihak isteri. Gerakan suami menarik zakar dalam dayungan yang dibantu oleh kemutan faraj isteri akan mengurut batang zakar ke arah hujung atau kepala zakar – dan ini membantu melambatkan inzal suami. Sebaliknya bagi isteri, apabila mencengkam zakar yang sedang ditarik dari liang faraj akan menerbitkan rasa nikmat yang maksima dalam jimak. Nikmat ini akan terasa lebih hebat lagi jika tempo suami menarik lebih pantas daripada ketika menyorong zakar.

sumber



Petua Untuk Memperbanyakkan Susu Badan

$
0
0
artikel dibuat hanya untuk tujuan informasi bersama


ibu mengandung tambah susu badan, petua tambah susu badan, petua milk booster


1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5. Anda dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus-jus, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan. Ini kerana apabila bayi anda mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil supplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Cekur Manis - Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Ambil daun cekur manis yang telah dihancurkan dan tampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

9.Kacang Tanah - Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.

10.Air Longan - Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat Cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

11.Halba dan Jintan Hitam - Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

12.Bunga Melur - Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat India. Bagi masyarakat Melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Daun bunga melur digiling hingga halus dan tampal di sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

info tambahan,dengan memakan sayur bendi dan juga lobak putih juga merupakan salah satu cara untuk menambah kuantiti air susu badan.

sumber dari laman kesihatan

Lima Makanan Berkhasiat Untuk Kualiti Seks Yang Lebih Baik

$
0
0
Lima Makanan Berkhasiat Untuk Kualiti Seks Yang Lebih Baik


Buat pasangan suami isteri, hubungan intim itu adalah sangat penting dalam kehidupan berumah tangga. Ia amatlah digalakkan untuk melakukan hubungan seks pada setiap minggu. Berapa kali anda seks setiap minggu mendatangkan kebaikan pada kesihatan dan perhubungan kalian.

Namun, adakah anda tahu bahawa pemakanan juga memainkan peranan dalam memastikan kehidupan seksual yang baik ? Caranya adalah dengan mengamalkan pengambilan lima jenis makanan berkhasiat ini setiap hari demi menjamin kehidupan seksual yang baik dan sihat.

Avokado
Avokado kaya dengan vitamin E. Ia merupakan sumber makanan yang kaya antioksidan, potassium dan vitamin B6 yang mana boleh mengelak dan mengurangkan risiko penyakit jantung serta melancarkan peredaran darah. Apa sahaja yang membantu dalam memastikan jantung dan peredaran yang sihat mampu memberikan kesihatan seksual yang baik.

Strawberi
Strawberi merupakan sumber terbaik asid folik, serta meningkatkan bilangan sperma untuk lelaki. Ini sekaligus memberikan peluang cerah untuk wanita yang mahukan zuriat setelah berkahwin.

Tiram
Meskipun ia berlendir dan tekstur yang agak slippery, tiram adalah sumber makanan yang terkenal dengan aphrodisiac. Makanan laut ini sudah dipercayai sejak turun-temurun sebagai ‘makanan anak jantan’. Tiram yang kaya dengan zink bagus diamalkan untuk memelihara kesihatan seksual lelaki.

Minyak Zaitun
Ia membantu dalam menghasilkan testosterone dalam badan. Ia juga khusus untuk wanita yang mengalami masalah untuk sampai puncak klimaks.


sumber


9 Petua Memerahkan Bibir Secara Semulajadi

$
0
0
petua merahkan bibir, bibir merah

Bibir adalah salah satu anggota yang amat penting dan memerlukan penjagaan yang rapi. Bukan hanya rambut sahaja yang perlu di jaga rapi tetapi bibir juga perlu dijaga rapi.


Bibir merupakan aset paling penting sewaktu kita bercakap dengan orang lain. Tipu lah kalau anda tak pernah memperhatikan bibir orang yang sedang bercakap dengan anda dalam seumur hidup anda kan ?

Ini antara tips-tips dan petua yang boleh dilakukan bagi memerahkan bibir anda secara semulajadi :

1. Madu

Madu merupakan penawar atau ubat semulajadi untuk berbagai masalah kesihatan dan kecantikan termasuklah untuk memerahkan bibir. Sapu madu pada bibir anda setiap malam sebelum tidur.

2. Air Mawar

Setiap kali anda hendak tidur malam, usap lembut bibir anda dengan bola kapas yang dibasahi air mawar dingin untuk membuat bibir kelihatan lebih lembut dan merah keesokan harinya...

3. Limau nipis

Limau nipis pada dasarnya adalah bahan pemutih semulajadi. Campur 2 sudu makan air masak suam dan jus limau dengan 2 sudu makan madu, lalu sapukan pada bibir, biarkan selama 10-15 minit . Akhir sekali bila bibir dengan air suam. Jika ini dilakukan secara rutin, warna bibir yang kehitaman akan berubah menjadi lebih merah....

4. Kunyit

Campurkan isi kunyit yang telah ditumbuk dengan 1 sudu teh susu suam atau susu krim. Urut bibir anda dengan ramuan ini setiap hari selama 5 minit. Ini akan membuat bibir anda kelihatan merah secara semulajadi dan lebih kenyal....

5. Daun ketumbar

Daun ketumbar akan memudarkan warna gelap pada bibir. Hancurkan 2 lembar daun ketumbar dengan air, kemudian sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam. Lakukan ini secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksima.

6. Minyak Almond (Badam)

Perubahan warna bibir boleh terjadi disebabkan kurangnya kelembapan. Minyak almond (badam) mengandungi zat yang dapat membantu melembabkan bibir anda. Hanya sapukan minyak almond pada bibir sebelum tidur. Untuk hasil yang lebih maksima, campurkan minyak almond dengan jus lemon dan madu. Jika anda tidak ada minyak almond, anda boleh gantikannya dengan minyak zaitun...

7. Gliserin

Gliserin adalah satu bahan kimia yang memiliki banyak manafaat bagi kecantikan termasuk untuk bibir. Urutilah bibir anda dengan gliserin setiap hari. Hal ini akan membantu mengembalikan bibir anda menjadi merah aslinya...

8. Mentega

Anda boleh juga sapukan mentega di bibir setiap malam sebelum masuk tidur. Ini juga dapat membantu mengembalikan warna bibir menjadi lebih segar dan kemerahan...

9. Yogurt

Campuran madu, yogurt dan tepung beras serta beberapa titik jus limau nipis juga dapat digunakan secara teratur pada bibir untuk membuatnya kelihatan lebih merah.

Cara Mudah Dan Murah Cantikkan Kembali Lampu kereta Yang Dah Bertukar Kuning, Modal Hanya RM23 Tapi Hasil Macam Lampu Baru

$
0
0
Cara Mudah Dan Murah Cantikkan Kembali Lampu kereta Yang Dah Bertukar Kuning

Sudah pasti ramai pemilik kereta diluar sana menghadapi masalah ini, iaitu lampu kereta bertukar menjadi warna kuning apabila sudah lama digunakan, ianya seperti mencacatkan pandangan pada kereta kesayangan anda,

Lampu kereta bertukar menjadi kekuningan adalah kerana sering terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang panas dan juga hujan.

Jika lampu sudah bertukar kuning, maka kita perlulah ke kedai untuk polish bagi cantik balik, untuk polish sahaja harganya pun boleh tahan, sekitar RM40 dan ke atas, tetapi tahukah anda yang sebenarnya amat mudah untuk polish lampu kereta kita sendiri dengan modal yang lebih kecil, tetapi hasilnya amat berbaloi.

Seorang pemilik kereta bernama Imran Jalil telah berkongsikan cara mudah digunakannya untuk polish lampu keretanya yang kekuningan bertukar menjadi seperti baru.

Jom kita tengok apa yang dia buat.

Kereta saya dah berusia 6 tahu, 'headlamp' dan bertukar menjadi kuning, pernah survey di kedai-kedai pasal ahrganya, kosnya adalah dalam lingkungan RM40 hingga RM100.

Dulu aku pernah buat kat kedai, harga RM40 tapi hasilnya tetap sama, jadi bermulalah projek DIY aku ini sempena nak sambut raya.

1. Bahan2 yang aku dah listkan dan terus beli kat kedai hardware :

Samurai 1K clear Lacquer = RM20
Kertas pasir gred 600 dgn 2000 = RM2.80
Pita pelekat (sedia ada)
Kertas surat khabar lame = free
Rajin (SK tambah) = free
Total semua : RM 22.80

Cara Mudah Dan Murah Cantikkan Kembali Lampu kereta Yang Dah Bertukar Kuning

2. Lekatkan pita pelekat di sekeliling lampu kira dan kanak. nampak kesan-kesan kuning tu..

Cara Mudah Dan Murah Cantikkan Kembali Lampu kereta Yang Dah Bertukar Kuning

Cara Mudah Dan Murah Cantikkan Kembali Lampu kereta Yang Dah Bertukar Kuning

3. Sental atau gosok headlamp tu dengan kertas pasir gred 600(sederhana halus) dulu...nanti nampak kesan-kesan kuning tu hilang sikit demi sedikit..

Selepas tu gosok pulak dengan kertas pasir gred 2000(halus)

Cara Mudah Dan Murah Cantikkan Kembali Lampu kereta Yang Dah Bertukar Kuning

4. Selepas siap sental keringkan dulu..sementara nk tunggu kering aku tido dulu..hihihi

Sambung keje balik, sekarang aku tutup sekeliling dengan surat khabar sebab next proses nak sembur clear lacquer..

Cara Mudah Dan Murah Cantikkan Kembali Lampu kereta Yang Dah Bertukar Kuning

Cara Mudah Dan Murah Cantikkan Kembali Lampu kereta Yang Dah Bertukar Kuning

5. Mulakan step menyembur clear lacquer..

Cara Mudah Dan Murah Cantikkan Kembali Lampu kereta Yang Dah Bertukar Kuning

6. Sembur dalam dua tiga layer semburan.

Sembur kali pertama, buar kering dalam 15 minit, ulang step sama sampai cukup tiga kali semburan..

Cara Mudah Dan Murah Cantikkan Kembali Lampu kereta Yang Dah Bertukar Kuning

7. Dah siap dah untuk headlamp kanan

Cara Mudah Dan Murah Cantikkan Kembali Lampu kereta Yang Dah Bertukar Kuning

8. Headlamp kiri

Cara Mudah Dan Murah Cantikkan Kembali Lampu kereta Yang Dah Bertukar Kuning

9. Tadaaaaa....dan siap, Selamat mencube dan selamat hari raya..

Cara Mudah Dan Murah Cantikkan Kembali Lampu kereta Yang Dah Bertukar Kuning

Mudah je kan? yang penting tiada penyakit 'M', kalau ada penyakit 'M' tu benda tak payah keluar duit beli barang pun takkan cantik lampu tu melainkan hantar kedai jugak.

sumber

Layakkah Terima Zakat Jika Rumah Ada Melanggan Astro? Ini Jawapan Dari Lembaga Zakat Selangor

$
0
0
Layakkah Terima Zakat Jika Rumah Ada Melanggan Astro?, mohon zakat minima, astro zakat,

Bunyinya memang kelakar. Tetapi inilah realiti.


“Tak layak! Tolong remove asnaf ni dari nama penerima. Saya pembayar zakat hidup selesa pun tak ingin nak pakai astro sebab membazir dan mahal.”

“Habis yang dapat zakat kena pakai antena ke? Orang pakai astro semestinya org kaya ke?

“Astro boleh bayar, nak makan minta zakat. Gila ke?”

Macam-macam komen muncul.

Di kawasan kampung kalau nampak pring ASTRO tu mungkin kerana aktiviti CSR ASTRO dalam program e-Kasih. Boleh rujuk laporan yang ditulis oleh Astro Awani. Jadi janganlah hanya kerana nampak piring ASTRO, terus dicap tak layak terima zakat.

Soalan tentang isu ini dan jawapan dari facebook Lembaga Zakat Selangor.


Jawapan Lembaga Zakat Selangor:

Terima kasih atas maklum balas anda semua. Kami amat menghargai segala komen, cadangan dan penambahbaikan yang diberikan.

Untuk persoalan di atas, Zakat Selangor mengambil kira dua (2) aspek utama penilaian sebelum diluluskan permohonan.

Penentuan kelayakan fakir miskin adalah berdasarkan siasatan dan pengiraan Had Kifayah. Manakala berkaitan astro:

1. Astro Pakej Basic (RM39.90)

Untuk kes ini biasanya Zakat Selangor tiada mengambil kira dalam penentuan kelayakan. Asas pertimbangannya ialah kadang-kadang jika tinggal kawasan yang memang jiran-jiran sekeliling memasang Astro terutama di flat atau rumah pangsa biasanya mereka yang tidak mempunyai astro akan mengalami gangguan siaran TV.

2. Lain-lain pakej Astro (bukan Basic)

Untuk kes ini pula biasanya pihak Zakat Selangor akan mencampurkan bil Astro itu dalam pengiraan Had Kifayah.

Maknanya perkara ini akan diambil kira dalam mengira kelayakkan sebagai asnaf fakir miskin.

Peluang untuk menjadi Asnaf Fakir/miskin masih ada lagi, namun kami akan menasihatkan mereka supaya menutup akaun astro atau menukar kepada pakej basic atau bertukar kepada NJOI sahaja.

Apa yang penting kita wajib memahami antara keutamaan dan kehendak. Mendahulukan keperluan asas berbanding kemahuan.

Sekian terima kasih.

9 Tips Berkesan Hilangkan Blackhead Pada Wajah

$
0
0
9 Tips Berkesan Hilangkan Blackhead Pada Wajah

Masalah blackhead dan whitehead ini berpunca dari kulit muka yang berminyak sekaligus menyebabkan masalah pada liang pori. Selain itu, kulit muka juga akan jadi berlubang-lubang dan membentuk bintik hitam!

Jadi, cara pencegahannya senang sahaja. Korang guna 9 bahan semulajadi ini dan hasilnya memang berkesan.

1) Ais

Ambil kiub ais dan balut dengan kain dan letak di bahagian kulit yang bermasalah. Lakukan selama 30 saat. Kalau tiada masa terluang, korang boleh cuci muka dengan air sejuk berais sekali sehari. Nak lagi berkesan, korang gantikan air ais dengan jus timun, jus epal atau teh hijau dengan syarat air tersebut harus disejukkan.

Kenapa ais? Fungsi ais adalah meningkatkan simulasi pengaliran darah yang membantu kulit untuk jadi lebih sihat.

2) Cuka Epal

Campurkan cuka dalam air. Ambil kapas, celupkan dan sapu pada kulit muka. Biar hingga kering dan kemudian bilas. Lagi berkesan sekiranya dilakukan pada waktu malam selepas mencuci muka

Cuka epal boleh menegangkan kulit muka.

3) Putih Telur

Ambil putih telur dan pukul dalam bekas kemudian sapu pada muka. Bilas sebaik sahaja jadi kering. Jangan lupa untuk letakkan tisu di atas muka selepas sapu putih telur tersebut. Tarik tisu tersebut selepas putih telur itu betul-betul kering di muka korang. Lakukan 2 kali seminggu okay

Putih telur sangat membantu untuk mengecilkan liang pori dan menghalang kulit muka berminyak.

4) Skrub gula

Cara-caranya:

-dua sudu gula
-satu sudu minyak zaitun
-sedikit jus lemon
-Gaul kesemua bahan ini dan sapu pada muka.
-biarkan selama 30 minit
-bilas
Lakukan setiap hari. Kalau nak skrub gula korang wangi, boleh letak kayu manis .
Skrub gula juga membantu mengurangkan minyak di muka dan mengecilkan liang pori.

5) Soda bikarbonat

Jadikan soda bikarbonat sebagai pes . Ambil dua sudu soda bikarbonat dan letak dalam air. Sapau di wajah dan urut wajah untuk memastikan pes tersebut serap di kulit muka.

Soda bikarbonat berfungsi untuk membuang kotoran pada wajah dna merawat masalah jerawat di muka.

6) Jus Lemon

Letak satu sudu madu dalam jus lemon. Sapu selama 15 minit di muka sebelum bilas. Lakukan setiap hari tau!

Untuk kekal cerah, hilangkan bintik hitam dan mengecilkan liang pori boleh guna kaedah ini

7) Timun

Jadikan timun sebagai jus. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Guna cara ini setiap hari dan jangan lupa durasinya dalam 15 minit tau! Kemudian bilas okay!

8) Yogurt

Senang sahaja, beli yogurt original tu. Kemudian sapu dekat kulit muka selama 10 minit dan bilas. Yogurt membantu menghilangkan garis kedut di muka, minyak berlebihan dan sel-sel kulit mati.

9) Oat

-sediakan 2 sudu oatmeal
-2 sudu susu tepung
-Campurkan 5 sudu madu
-Gaul sampai sebati dan sapu di muka. Sapu sampai kering dan bilas

Lakukan kesemua 9 cara ini dan jangan dedahkan kulit muka anda pada sinaran matahari.

Sumber: Sinar Harian

Kolam Air Semulajadi Bertingkat Yang Menakjubkan Di Turki

$
0
0
Kolam Air Semulajadi Bertingkat Yang Menakjubkan Di Turki

Terletak di Pamukkale, Turki. Kolam ini terbentuk akibat kesan gempa bumi

Info Ringkas:

  • Kolam semulajadi bertingkat yang begitu indah ini terletak di Pamukkale, Wilayah Denizli, Turki. Ia terbentuk secara semulajadi akibat kesan gempa bumi yang menggoncang kawasan itu.
  • Pamukkale berasal dari bahasa Turki "Pamuk'' yang bermaksud kapas dan "kale" yang bermaksudi benteng. Diberi nama 'benteng Kapas' mungkin kerana warna putih dominan yang dapat dilihat pada batuan karbonat tersebut. 
  •  Selain menjadi tempat pelancongan yang popular, yang menariknya air di kolam ini juga boleh digunakan untuk mandi-manda dan untuk aktiviti berenang.

Kolam Air Semulajadi Bertingkat Yang Menakjubkan Di Turki

Kolam Air Semulajadi Bertingkat Yang Menakjubkan Di Turki

Kolam Air Semulajadi Bertingkat Yang Menakjubkan Di Turki

Kolam Air Semulajadi Bertingkat Yang Menakjubkan Di Turki

Kolam Air Semulajadi Bertingkat Yang Menakjubkan Di Turki

video :


1,000 Likes Atau Budak ni Jatuh: Lelaki Gantung Bayi di Tingkap dari Tingkat 15 Supaya Dia Dapat 1,000 'Likes' di Facebook

$
0
0
Lelaki Gantung Bayi di Tingkap dari Tingkat 15 Supaya Dia Dapat 1000 Likes

Seorang lelaki sanggup menggantung seorang bayi di tingkap dari tingkat 15 sebuah rumah apartmen supaya dia dapat 1,000 'likes' di Facebook.

Lelaki warga Algeria itu memuat naik foto dia memegang bayi tersebut di bahagian baju dengan berkata: '1,000 likes atau saya jatuhkan dia.'

Selepas orang ramai yang melihat posting itu membuat laporan kepada polis, dia dipenjarakan dua tahun.

Menurut Al-Arabiya, aktivis Dalila Belkheir menyifatkan lelaki itu sebagai 'seorang pengganas'.

Lelaki itu, yang juga saudara kepada bayi terbabit, mengaku tidak bersalah meletakkan nyawa bayi itu dalam bahaya.

Lelaki itu juga mendakwa foto itu telah dimanipulasi dan balkoni dalam foto itu sebenarnya mempunyai pagar.

Bapa kepada bayi terbabit meminta mahkamah supaya memaafkan lelaki terbabit dengan berkata dia cuma bermain-main.

Bagaimanapun, hakim tidak menerima permintaan itu sambil berkata foto itu dengan jelas menunjukkan bayi itu dalam bahaya.

Sumber: Siakapkeli

p/s: wtfish. bodoh betul tindakan dia ni.sampai macamtu sekali nak mengemis like,xde benda lain ke nak buat gurau


Taknak Kalah! Kalau Wanita Boleh Beli Tudung RM21,600. Lelaki Pula Beli Samping Untuk Raya RM30,000

$
0
0
Wanita Boleh Beli Tudung RM21 ribu Lelaki Pula Beli Samping Untuk Raya RM30 ribu, samping mahal, beli tudung mahal, beli sampin mahal,

Jika wanita sanggup berhabis duit untuk memiliki koleksi tudung eksklusif yang mencecah harga RM21,600 sehelai, kaum lelaki pula tidak ketinggalan berbelanja untuk aksesori pakaian berkualiti tinggi misalnya samping.

Tinjauan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur mendapati samping berharga ribuan ringgit masih mendapat sambutan daripada pembeli, lapor Kosmo!.

Menurut pereka fesyen Bak Tailor, Zamzam Mohd. Salim, 51, samping yang diperbuat daripada kain songket berharga RM30,000 pernah dijual di kedainya tahun lalu kepada ahli perniagaan dari Sabah dan Sarawak.

Kebanyakan mereka yang membeli samping songket Terengganu itu terdiri daripada golongan kerabat diraja, menteri dan ahli perniagaan.

Tahun ini pula samping paling mahal yang telah terjual ialah songket Terengganu berharga RM15,000 kepada seorang pembeli dari Brunei.


sumber

p/s: kaya2 orang malaysia ni ek.huhu

'Pergi salam makcik tu, minta duit raya' - Jangan ajar anak minta duit raya

$
0
0
Jangan ajar anak minta duit raya, tips beraya untuk anak,

Amalan memberi duit raya ini sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita lebih-lebih lagi bila menyambut hari raya. Adakalanya anak-anak kecil boleh dapat lebih dari RM300 dalam masa dua hari.

Namun, ibu bapa perlu diingatkan agar tidak mengajar anak meminta duit raya kerana adalah tidak manis jika anak-anak berbuat demikian. Seperti yang dikongsikan oleh Puan W ini, semoga bermanfaat.

Assalamualaikum. Salam Ramadhan semua.

Straight to the point. Tahun lalu, tahun pertama saya beraya sebagai isteri orang. Sepanjang raya tahun lalu, kerap sangat saya mendengar ibu bapa yang ada anak-anak kecil ini beritahu anak-anak mereka:

 "Pergi salam makcik tu minta duit raya" atau "Cakap kat pakcik nak duit merah. Tak nak duit hijau," atau "Tanya makcik tu duit raya mana?"

Tidak kurang juga ada budak datang pada suami dan kata, "Pakcik, ayah kata kalau pakcik baik hati, pakcik bagi lagi duit raya." Padahal sehari sebelum itu suami dah bagi duit raya pada kanak-kanak berkenaan dengan semua adik beradiknya.

Anda pernah mengalami apa yang saya alami? Agak mengejutkan sebenarnya. Jom semak sama ada anda terdiri dalam golongan yang mengajar anak untuk meminta duit raya atau mangsa keadaan. Di sini saya kongsikan beberapa hujah pandangan peribadi saya.

1. Sebagai ibu bapa, jangan sesekali mengajar anak untuk meminta duit raya dengan sesiapa. Kita tidak tahu macam mana keadaan kewangan seseorang. Mungkin dia mencatu makanan dan belanja beliau untuk perkara yang lebih penting. Sekali jumpa anak-anak yang dididik sebegini, mungkin akan merunsingkan mereka.

2. Jaga adab. Saya yakin dan percaya tiada sesiapa di antara kita yang sudah dewasa ini dididik oleh ibu bapa kita untuk meminta duit raya dengan orang lain. Kenapa? Sebab agak tidak beradab untuk meminta sesuatu yang belum tentu akan menjadi hak kita. Dan sekarang kita mendidik anak kita untuk tidak menjaga adab?

3. Jangan samakan kedudukan kewangan anda dengan orang lain. Anda mungkin kerja bagus, gaji tinggi, peruntukan duit raya pun banyak. Tetapi bukan semua orang bertuah dan murah rezeki seperti anda. Tidak semua antara kita yang diberikan rezeki dari sudut kewangan seperti kita. Mungkin rezeki mereka dari sudut yang lain.

4. Jangan ingat semua orang bekerja itu banyak duit ataupun kalau orang itu kerja gaji mahal sikit, anda boleh suruh anak anda minta duit raya. Gaji mahal tak bermakna banyak duit. Mungki ntanggungan atau liabiliti mereka banyak. Jangan senang menilai kewangan orang bila anda tidak tahu.

5. Semua orang pun sedar dengan kos sara hidup pada zaman ini. Banyak yang perlu dijimatkan sekarang. Sekiranya duit raya anak-anak anak termasuk di dalam antara yang perlu dikurangkan kos, sila redha. Jangan minta duit warna warni sangat.

6. Jaga air muka pemberi duit raya. Didik anak anda untuk tidak buka sampul raya di depan mereka dan tidak merungut tentang amaun yang mereka terima. Malu jika orang kritik hasil derma kita. Dah dapat itu, bersyukurlah.

7. Dengan mendidik anak anda meminta duit raya dengan orang lain atau mengkritik duit raya yang mereka perolehi, anda secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjadi manusia yang tidak berhemah. Tidak dapat saya nyatakan dengan terang di sini kerana tiada kajian pun tentang isu ini. Rasuah mungkin.

8. Jika anda ialah mangsa keadaan, saya bersimpati dengan anda. Sediakan jawapan-jawapan awal bagi soalan-soalan di atas seperti, "Mak kau bagi anak pakcik dulu pun dua ringgit je". Okay, itu gurau. Anggaplah itu sedekah amal jariah.

9. Setiap sen yang anak anda terima, anggaplah itu rezeki mereka, bukan rezeki anda. Maka tidak perlulah demand lebih dan tidak perlu meminta. Anda mungkin menganggap itu semua gurauan, tetapi bagi orang lain? Bersyukur dan terus bersyukur, jangan kritik.

10. Hari raya adalah hari bahagia, berkumpulnya sanak saudara. Jangan rosakkan mood raya orang lain dengan perangai anda itu.

Ingatlah, tahun ini kita mengajar anak kita. Tahun depan kita tak ajar dah tetapi mereka akan praktikkan lagi. Semoga ibadah puasa kita diterima dan semoga syawal yang akan diraikan dipenuhi dengan keriangan.

Maafkan saya jika ada yang terasa hati atau tidak bersetuju dengan pandangan saya. Nak cakap depan-depan, tak berani kan? Share saja confession saya ini dengan harapan ada yang membaca. Sebab itulah yang saya akan buat.

Sumber: IIUM Confessions

Isu Gandar Belakang Tercabut Hingga Sebabkan Kemalangan, Ini Jawapan Perodua!

$
0
0
Isu Gandar Belakang Tercabut  perodua alza myvi,

SEMINGGU dua ini kecoh di laman sosial dengan penyebaran foto yang kononnya gandar belakang Perodua Alza dan Myvi tercabut sehingga menyebabkan kemalangan.

Dakwaan demi dakwaan terus tular di laman sosial sehingga ia menerima pelbagai respon daripada netizen.

Isu Gandar Belakang Tercabut  perodua alza myvi,

Hari ini, Perodua tampil menyiarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu. Menerusi kenyataan berkenaan, Perodua berasa kecewa kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan info tidak tepat tanpa merujuk dalam mendapatkan kesahihan gambar itu.

Berikut merupakan kenyataan rasmi dari pihak perodua

Isu Gandar Belakang Tercabut  perodua alza myvi,


Takut Tertipu Beli Lemang? Ni Petua dan Tips Kalau Nak Beli Lemang Tepi Jalan

$
0
0
petua pilih lemang, cara nak beli lemang tepi jalan, lemang sedap tepi jalan,

Esok dan harini orang dah mula buat lemang kat kampung tu. Tapi kalau korang yang tak sempat atau tak reti nak buat lemang tak lain tak bukan caranya dengan beli dah siap tepi jalan je lah kan. Macam-macam nak tahu lemang tu dah masak, elok, sedap, tak basi?

Haaa, ikut jer petua beli lemang oleh Harris Rosli ini supaya tak tertipu okay?

petua pilih lemang, cara nak beli lemang tepi jalan, lemang sedap tepi jalan,

petua pilih lemang, cara nak beli lemang tepi jalan, lemang sedap tepi jalan,


Adab Beraya Di Rumah Orang, How To Beraya For Dummies

$
0
0
Adab Beraya Di Rumah Orang, How To Beraya For Dummies

Selamat hari raya kepada semua, Ini sedikit tips yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna twitter, benda common sense je tapi tak semua boleh faham. So while the mood raya is still on, here it is How To beraya for dummies.

Adab Beraya Di Rumah Orang, How To Beraya For Dummies

Adab Beraya Di Rumah Orang, How To Beraya For Dummies

Adab Beraya Di Rumah Orang, How To Beraya For Dummies

Adab Beraya Di Rumah Orang, How To Beraya For Dummies


Selamat hari raya dan selamat menggemukkan diri, rangerkacak is alwayz kacak !

Wanita Pengsan Gara-gara Terpatahkan Gelang RM114 Ribu

$
0
0
Wanita Pengsan Gara-gara Terpatahkan Gelang RM114 Ribu, gelang jed patah, pengsan jed mahal patah,

Agak melucukan apabila seorang pelancong wanita di China rebah tak sedarkan diri selepas tidak sengaja terjatuhkan gelang jed menyebabkan ia patah di sebuah premis menjual barangan kemas di wilayah Yunnan.

Pun begitu, anda mungkin mengalami perkara sama apabila mengetahui barangan yang tak sengaja dirosakkan bernilai 300,000 yuan (RM190,000).

Memetik Shanghaiist, sebelum kejadian berlaku wanita itu sedang mencuba gelang berkenaan ketika mengunjungi pasar jed Ruili Jiegao, Selasa lalu.

Wanita Pengsan Gara-gara Terpatahkan Gelang RM114 Ribu, gelang jed patah, pengsan jed mahal patah,

Bagaimanapun, dia terkejut apabila diberitahu harganya menyebabkan dia mencabut gelang berkenaan dengan tergesa-gesa. Malangnya, gelang itu patah dua selepas terjatuh ke lantai dan dia kemudiannya dimaklumkan perlu membayar ganti rugi sebanyak RM190,000.

Insiden itu menyebabkan wanita terbabit mengalami serangan panik sehingga jatuh pengsan.

Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik selepas penilaian dilakukan mendapati gelang itu bernilai 180,000 yuan (RM114,000).

Wanita Pengsan Gara-gara Terpatahkan Gelang RM114 Ribu, gelang jed patah, pengsan jed mahal patah,

Wanita Pengsan Gara-gara Terpatahkan Gelang RM114 Ribu, gelang jed patah, pengsan jed mahal patah,



3 Cara Mudah Untuk Menghilangkan Sakit Pinggang, Sakit Leher dan Otot

$
0
0
hilangkan sakit sendi, melegakan rasa tak sedap badan, hilangkan lenguh pinggang dan belakang badan,

Mungkin ramai daripadapa anda seringkali sakit pinggang dan leher pula sering berasa tegang ketika bekerja? Mungkin sukar berdiri selepas duduk seharian di pejabat?

3 cara berikut ini jika dilatih secara teratur dapat menyingkirkan sakit penyakit yang tidak perlu. Cara ini dapat juga melatih otot tubuh bahagian atasmu hingga tidak mudah sakit lagi.

1. Regangan otot dada

regangan otot, regangan leher dan pinggang, melegakan sakit pinggang, melegakan sakit leher,

Cari sudut dinding di berdekatan anda seperti yang kelihatan di gambar, tekan tapak tangan anda di dinding dan tolak tubuh anda ke depan. Campurkan dengan gerakan putaran pinggang. Di luar itu tambahkan juga dengan pernafasan yang dalam dan lambat hingga otot dada dirangsang untuk bergerak. Latihan ini dapat dilakukan selama 30 saat diakhiri dengan rehat sebentar, dan lakukan latihan ini berulang sebanyak 3 kali.

2. Teknik renggangan dengan bola tenis

senaman sakit pinggang, senaman sakit belakang, petua legakan sakit belakang,

Teknik renggangan ini memerlukan 1 benda tambahan iaitu sebuah bola tenis. Latihan ini dapat membantu otot dada yang mungkin kaku kerana duduk terlalu lama memperoleh sifat elastiknya kembali. Latihan ini dimulkan dengan memegang bola tenis dengan kedua tangan dan gerakkan di bahagian dada secara perlahan-lahan. Setelah melakukan gerakan ini selama 1 minit, berehatlah selama 5-10 saat dan lakukan latihan ini berulang sepanjang 3 kali.

3. Renggangan dengan belon untuk punggung bahagian atas

senaman sakit pinggang, senaman sakit belakang, petua legakan sakit belakang,

Belon seperti yang pada gambar dapat membantu kita melakukan renggangan di bahagian punggung. Posisikan belon di punggung bahagian atas, letakkan kedua tangan di bahagian kepala dan jangan biarkan tangan sampai ke lantai, pertahankan posisi itu dan gerakkan badan ke atas dan ke bawah. Bila di bahagian tertentu ada rasa sakit yang dirasakan, berhentilah sebentar di bahagian itu. Setelah bergerak selama 10-15 saat, rehat sebentar dan lakukan kembali berulang selama beberapa kali.

Dalam beberapa latihan yang pertama, gerakan-gerakan ini mungkin dapat menyebabkan sedikit rasa sakit pada sisi tertentu. Namun janganlah cemas kerana seiring dengan latihan yang semakin kerap, rasa sakit itu bakal beransur-ansur hilang dan anda akan merasa jauh lebih relaks

Rihanna Bercinta Dengan Bilionair Arab Saudi

$
0
0
Rihanna Bercinta Dengan Bilionair Arab Saudi

Penyanyi Rihanna dilaporkan sedang hangat bercinta dengan seorang bilionair Arab Saudi, Hassan Jameel.

Hubungan itu mula dihidu selepas beberapa keping gambar pasangan itu sedang bercuti di sebuah villa mewah di Ibiza, Sepanyol baru-baru ini tersebar.

Rihanna dan Hassan dilihat berkucupan ketika sedang berenang di dalam sebuah kolam mandi.

Hassan merupakan naib presiden kepada sebuah syarikat terbesar dunia milik keluarganya, Abdul Latif Jameel.

Syarikat itu merupakan pengedar tunggal jenama kereta Toyota di negara Timur Tengah.

Hassan sebelum ini pernah bercinta dengan supermodel Naomi Campbell dan dilaporkan hadir bersama di sebuah festival di Hyde Park, London, pada Julai tahun lalu.

Sementelah itu, baik Rihanna mahu pun Naomi, masing-masing sudah tidak mengikuti media sosial Twitter dan Instagram masing-masing.

Sumber memaklumkan Rihanna mula berkenalan dengan Hassan sejak 10 bulan lalu.


sumber

Inilah Sebab Kenapa Islam Haramkan Seks Melalui Dubur

$
0
0
Inilah Sebab Kenapa Islam Haramkan Seks Melalui Dubur


Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit

 "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: "Itu halal". Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya."


Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:-


1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.

2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.

3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.

4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.

5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.

6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.

7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.

8. Wajah tidak berseri.

9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.

10. Menimbulkan kebencian.

sumber

P/s : jangan la langgar fitrah manusia dan buat benda yang allah murka



Prada Jual ‘Paper Clip’ Dengan Harga RM795!

$
0
0
paperclip prada, prada jual benda mengarut, prada mahal,

Sebelum ini, jenama fesyen Balenciaga dikecam kerana mengeluarkan beg berwarna biru seperti beg ikonik Ikea pada harga RM9,450, kali ini Prada pula dikecam oleh netizen.

Ini kerana jenama mewah tersebut dikhabarkan mengeluarkan paper clip yang berharga mencecah hampir RM795 (US$185). Memang tak masuk akal!

Paper clip yang dicetak dengan jenama Prada itu sebenarnya ialah money clip yang boleh diletakkan dalam dompet.

paperclip prada, prada jual benda mengarut, prada mahal,

Money clip ini dibuat menggunakan sterling silver yang berukuran 6.25 inci panjang dan lebar 2.25 sentimeter.

Rata-rata netizen memberikan komen sinis menyelar keluaran produk tersebut yang dianggap mengarut.

“Ready for another round of ‘ridiculous things I’ve ever seen’? I present to you, a 185$ paper clip. I can’t. (Sudah bersedia dengan benda mengarut yang pernah anda lihat? Saya persembahkan kepada anda, sebuah klip kertas berharga US$185 (RM795). Saya tak boleh terima ini).”


sumber

Wanita Perlu Tahu Cara Sebenar Kesan Peranakan Jatuh

$
0
0
Wanita Perlu Tahu Cara Sebenar Kesan Peranakan Jatuh, senaman kemutan, senaman kegel wanita, senaman kuatkan rahim,
Image by: sweetncozy

Tahukah anda peranakan jatuh adalah antara punca utama sukar untuk hamil, peranakan jatuh yang lebih di kenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh juga berlaku, di sebabkan kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.


Antara Simptom Peranakan Jatuh

  1. Rasa berat disekitar kawasan ari2. Seperti sesuatu yang bergayut. Tak pun rasa ada benda nak terkeluar dibahagian pembukaan faraj tu.
  2. Senang terkencing bila bersin dan batuk. Tetapi jika wanita tu ada masalah lantai pelvik lemah pun boleh membuatkan dia terkencing masa batuk dan bersin juga
  3. Kencing rasa tidak lawas. Even dah ke toilet. Tapi rasa macam ada je lagi air kencing nk keluar. Bila diteran tak ada apa yang keluar.
  4. Senak bila bersama suami. Ini very obvious.
  5. Sakit pinggang yg seperti sakit melingkar kawasan pinggang tungking dan ari2.waktu petang especially lepas asar rasa nak demam. sejuk kaki dan tangan.
  6. Peha dan betis rasa kebas-kebas.

Cara hendak mengetahuinya :

  • Jumpa doktor, biasanya doktor akan menggunakan alatan tertentu untuk buka bahagian bukaan vagina dan akan cek keadaan pangkal rahim berada di tahap mana.
  • Jumpa tukang urut/ bidan, kebiasaanya tukang urut/ bidan bila tekan mereka akan tahu keadaan peranakan/rahim kita berada di tempat yang betul atau tidak. Kemudian mereka akan sengkak (angkat) naik untuk letak di tempat yang betul.

Anda juga boleh mengesan sendiri dengan cara berikut :

1.Cara pertama :

Dalam keadaan posisi berbaring, letakkan ibu jari pada bahagian dalam pusat, jika terasa ada nadi berdenyut-denyut, itu tandanya peranakan/rahim berada di tempat yang betul.
Tetapi jika terasa denyutan nadi berada di bawah pusat ataupun tundun vagina, itu tandanya peranakan/rahim telah terturun ke bawah.

2.Cara kedua :

Duduk dalam keadaan mencangkung, masukkan jari ke dalam faraj dan cuba sentuh objek berbentuk bulat.
Ia lembut dan seperti guli. Kalau jari dapat mencapainya dengan mudah bermakna peranakan/rahim telah terturun. Untuk mendapatkan kepastian. Ambil cermin dan lihat pada lubang vagina, ada atau tidak, secebis daging terkeluar. Jika ada, itu tanda peranakan/ rahim sudah berada terlalu ke bawah dari tempat asalnya

Faktor-faktor peranakan jatuh:

  • Menopaus
  • Kerap mengandung
  • Melahirkan bayi yang besar serta mengalami trauma sewaktu bersalin seperti penggunaan forcep atau vakum
  • Meneran ketika bersalin atau melakukan kerja dengan memberi tekanan kepada abdomen
  • Peningkatan berat badan
  • Sembelit
  • Batuk atau bersin yang tidak berhenti selama dua bulan
  • Merokok
  • Jika sudah pernah melahirkan, suka angkat benda berat dan mempunyai berat badan melampau, sakit bahagian ari-ari serta sukar kawal kencing, berkemungkinan peranakan dah terturun.

Merawat peranakan jatuh dengan senaman otot

Melakukan senaman yang boleh menguatkan otot-otot faraj. Senaman pada faraj yang mudah dilakukan dimana-mana pada pada bila-bila masa dan tidak memerlukan peralatan serta belanja. Beberapa teknik boleh dijadikan panduan untuk melakukan senaman kemutan yang mampu menguatkan kembali dinding rahim.

Berikut adalah gambarajah senaman kemutan yang dapat membantu :

senaman kemutan wanita, senaman kuatkan rahim wanita, semana kegel perempuan peranakan,


Viewing all 213 articles
Browse latest View live